Wednesday, June 11, 2008

Ayat Kalis Keburukan

Ayat kursi diturunkan pada suatu malam selepas hijrah. Ketika diturunkan ianya telah diiringi oleh beribu para malaikat, ini kerana kebesaran dan kemuliannya. Iblis dan syaitan telah menjadi gempar kerana adanya alamat yang bakal menjadi perintang kepada perjuangan mereka. Serentak dengan penurunan ini Rasullah s.a.w segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis dan menghebahkannya.




Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan penuh khusyuk setiap kali selepas solat, setiap waktu pagi mahu pun petang, setiap kali bila hendak keluar bermusafir, setiap kali bila mahu ke bandar dan setiap kali bila mahu melakukan apa-apapun Insya Allah Allah akan mengamankan kita dari segala godaan iblis mahupun syaitan serta kuncu-kuncunya. Dapat menolak kejahatan manusia dan menghindari dari kebuasan binatang yang membahayakan, akan terpelihara dirinya serta keluarganya dan harta bendanya dengan kehendak Allah s.w.t



Mengikut huraian Kitab Asrarul Mufiidah, bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya sebanyak 18 kali sehari, maka Allah akan menghidupkan hatinya dengan jiwa Tauhid, dibukakan pintu hatinya dengan berbagai nikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan pengaruh kepadanya sehingga semua orang akan menghormatinya serta akan dipelihara Allah setiap masa dari segala malapetaka dan bahaya.





No comments: